Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Salam Ukhuwah Daripada Saya Semoga Blog Ini Dapat Membantu Memperluaskan Ilmu

Tuesday, December 22, 2009

Saki Baki Nordin Mat Top

Setelah tewasnya pengganas No1 JI, muncul muka baru dengan misi BERANI MATI!...

Read More......

Monday, December 21, 2009

"Gema" 1 Simpang Renggam!




Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga di mana Kelab Kompang Optimis saya diberi penghormatan bertandang ke tempat orang bagi mengarak mempelai sejoli meraikan majlis persandingannya. Saya berbesar hati dan berasa bangga dengan anak didik yang penuh semangat mempersembahkan paluan kompang di samping penuh bertenaga. Teruja rasanya bila majlis ini dihadiri tetamu undangan yang cukup ramai. Apa tidaknya tuan rumah ini antara kontraktor besar dan dikenali ramai. Bagi saya inilah rezeki awal Muharam 1431 dan penutup tirai 2009. Saya akhiri perkongsian ini dengan slogan "Ayuh, Teruskan Usaha, Pukul Jangan Tak Pukul!..."

Read More......

Wednesday, December 16, 2009

...sekali macam bujang lapuk...


Baru aku tahu segaknya bersongkok senget!...macam Pendekar Bujang Lapuk...

Read More......

0166 Setia Berbakti!



Sedap-sedap dia orang membuta,... kami pula bercengkang mata!...Apapun cayalah RELA!...sebelah kanan aku lah tu...segak kan?...maaf cakaplah!

Read More......

Azam Baru Kelab Kompang Optimis



Terpanggil juga aku untuk "tiptop"kan kelab kompang aku sempena awal tahun yang mulia ini. Tentunya aku maju setapak lagi dengan memperhebatkan bentuk paluan. Aku pahatkan kumpulan bimbingan aku dengan slogan jawa " Ayuh Mentung Seng Tenan, Men Kabih Wong Kilingan".

Read More......




Awal Muharam menjelang kembali. Apa yang bermakna ialah kehadiran tahun baru ini menyuburkan tekad buat diriku untuk memperbaiki diri. Saat ini juga aku tanamkan keazaman yang tinggi untuk mencari kebahagiaan hidup disamping mencari keredhaan Ilahi.

Read More......

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM








PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Read More......